Tuesday, 27 December 2011

Perlu kah cerita kelebihan kekasih lama kepada kekasih baru???


SELAMAT MALAM RABU SEMUA :D..

Ok lah korang dan korang ^^... CINTA mengubah seseorang itu menjadi matang kan2?? tetapi.. korang  tahukah erti cinta tu??
ok la eh.. disini cipa na cita skit lah tentang cinta tu... sebelum tajuk kat atas nih dikupas,kita perlu paham dulu erti cinta yang sebenar-benarnya ok??



macamnih... Cinta boleh dizahirkan melalui perbuatan taw seperti kasihnya anak terhadap ibu bapanya dengan membelikan hadiah, sentiasa mengunjungi ibu bapa yang tinggal berjauhan dan pelbagai bentuk perbuatan yang menunjukkan si anak tadi mempunyai sifat cinta pada ibu bapa mereka...



Cinta tuh  juga ditafsirkan melalui ucapan seperti abang cintakan sayang, i love u,b sayang baby dan pelbagai ucapan yang diluahkan kepada pasangan masing-masing demi menunjukkan betapa kita saling menyintai pasangan masing-masing...

olih tu kan... Tak hairanlah pelbagai ungkapan dan pepatah orang dulu yang dijadikan perumpamaan untuk menunjukkan rasa cinta pada pasangan masing-masing. “Lautan api sanggup ke redahi, demi membuktikan cintaku padamu”. << ececewahh... ayat ni cipa slalu dengar ^^

mm...itulah saat cinta yang sudah mula berputik dan berbunga-bunga, tetapi dalam melalui musim percintaan ada juga saat di mana lidah juga tergigit.

Dalam apa jua hubungan pasti ada saat dimana kita bermasam muka, mula menambah curiga dalam diri dan seolah-olah kita tidak mengenali pasangan kita yang sudah 5 tahun kenal, disitu timbul konflik diri dimana kepercayaan terhadap pasangan mula diragui dan terasa seoalah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan kita.

Ini yang dinamakan krisis diri dimana kita mula merasakan ada perbezaan diantara pasangan kita, cinta yang dulu luhur dan suci kini semakin hambar dek kerana wujud ruang perasaan yang berbeza-beza. Setiap manusia mempunyai keunikan dalam diri masing-masing dan apabila pertembungan antara dua insan yang mempunyai keunikan tersendiri maka disitulah berlakunya konflik dimana masing-masing cuba mempertahankan apa yang mereka ada tanpa berusaha untuk mencari kesamaan yang wujud untuk sesebuah hubungan...



DAN.....




Disinilah wujudnya situasi dimana kita dalam tidak sengaja  membandingkan kekasih lama dan sekarang ...
Akan wujudlah kisah seperti ini :

gf : U.. kekasih i dulu caring u taw tak.. baik sesangat... selalu ikut semua cakap i... tak pernah berkira dengan i taw.. selalu buat i tersenyum..tapi u plak?? isk..dia tuh kira PERFECTlah.. and  blaa...bla...bla.....

bf : Ohh..tahniahh...ta sabar na tunggu u kembali pada ex u...

gf : Opss...sorry u..i ta sengaja.. i terlepas cakap lah...

bf : uhh?? what? ok...kiranya slama ni u memang tengah fikirkan  ex u kan2??
ok.. i terima semua keputusan u!


Maka.... akan berlakulah pergaduhan...
ohh tuhanku! tolonglah wahai kekawan semua... setiap insan ada perasaan cemburu lah!
agak-agak la kalao teringat kat ex pon.. jangan sampai buat kekasih kita tersinggung.. agak-agak kan kalao hari-hari kekasih kita ni jeles,compom lah akan jadi pergaduhan...ampa dan ampa mao ka PUTUS~ keluar dari ayat kekasih anda?? omg~~ ta sanggup lah na hadapi..

ok... sampai disinai ja lah cipa punya pandangan..agak-agak kan ampa ta trasa ati kot??
ni sekadar perkongsian :)

moga bertemu lagi malam isuk ok??
cipa akan cuba kaitkan ayat tentang cinta jugak ^^
ok geng..salam semua **


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA... SUDI-SUDI LAH JENGUK POST LAIN YER..

0 AyaT-AyAt bERnAs ::

Post a Comment

>>>assalammualaikum..&_&
>>>jemputlah tinggalkan komen anda disini ^^,
>>>SATU pon jadila yer...^_^

COPYRIGHT@SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HASIL OLAHAN SYIFA SAAD SENDIRI